fbpx
Now Reading
Mat Salih Tak Pakai Pelitup Muka & Guna Kata Kesat Pada Pak Guard Sudah Ditahan

Mat Salih Tak Pakai Pelitup Muka & Guna Kata Kesat Pada Pak Guard Sudah Ditahan

‘Karen’ lelaki ini bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, sementara kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di Village Grocer, M City Jalan Ampang.

Susulan dengan penularan video insiden tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan siasatan bagi mengesan suspek.

Baca artikel berkaitan : Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka & Guna Kata Kesat, Polis Cari ‘Karen’ Versi Lelaki

Terbaharu semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan lelaki berkenaan sudah pun ditahan pihak polis.

Suspek merupakan warga Kanada berumur 44 tahun

Suspek yang merupakan seorang warga Kanada berusia 44 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk memberikan keterangan berhubung kejadian itu pada jam 8.30 malam, Isnin (18 April).

Namun dia kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara menunggu kertas siasatan berhubung kes itu dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Tambah Ashari lagi, suspek merupakan seorang ekspatriat yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur dan telah menghadirkan diri ke IPD Wangsa Maju selepas mengetahui video perlakuannya tular di media sosial.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.”

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt. Ashari Abu Samah

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden untuk tampil memberi maklumat atau menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai Polis berhampiran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.