fbpx

Penceramah Bebas Ditahan Lakukan Kes Amang Seksual Fizikal Pada Budak 5 Tahun

Penceramah itu disyaki melakukan amang seksual fizikal tersebut semasa mangsa menghadiri program yang diadakan oleh suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penceramah bebas telah ditahan oleh pihak polis kerana didakwa melakukan kes amang seksual fizikal kepada seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu, Terengganu.

Suspek yang merupakan rakan kepada bapa kanak-kanak tersebut telah ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu pada 18 April ketika hadir memberi keterangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, insiden tersebut dipercayai berlaku pada Mac lalu semasa mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarga menyertai program yang diadakan oleh suspek di rumah bot tersebut.

Mangsa menceritakan insiden terserbut kepada ibunya

Menerusi laporan Berita Harian, beliau berkata suspek yang berusia 61 tahun telah didakwa melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa.

“Ketika kejadian mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

“Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok (20 April) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ulasnya ketika dihubungi media.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.