fbpx
Now Reading
Penyanyi Pukul Bekas Isteri Direman, Akan Dituduh Di Mahkamah Pada Jumaat

Penyanyi Pukul Bekas Isteri Direman, Akan Dituduh Di Mahkamah Pada Jumaat

Penyanyi yang berusia 45 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis kerana didakwa terlibat dengan kes keganasan rumah tangga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penyanyi yang ditahan semalam (20 April) kerana disyaki mengasari bekas isteri kini direman selama dua hari oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan penyanyi yang berusia 45 tahun itu telah direman selama dua hari sehingga 22 April kerana dipercayai terbabit dengan kes keganasan rumah tangga.

Akan dituduh di mahkamah esok (22 April)

“Suspek kini direman dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok (22 April),” katanya.

Sebelum ini, BuzzKini ada melaporkan berkaitan penahanan penyanyi tersebut yang ditahan di kediamannya di Kota Damansara, Petaling jaya, kerana didakwa telah memukul serta mencederakan bekas isterinya gara-gara satu perselisihan faham.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu berlaku semasa mangsa mahu mengambil anak lelakinya di kediaman penyanyi itu sebelum berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar dengan penyanyi terbabit.

Berang kerana bekas isteri tak mahu bergambar, suspek marah dan pukul mangsa

Dia yang berang dengan perkara itu kemudian telah bertindak memarahi serta memukul badan mangsa sehingga menyebabkan lebam pada badan mangsa.

Walau bagaimanapun, menerusi ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.