fbpx
Now Reading
Pukul Bekas Isteri Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Ditahan Polis

Pukul Bekas Isteri Kerana Enggan Bergambar, Penyanyi Ditahan Polis

Tangkapan dilakukan selepas Polis Petaling Jaya menerima aduan dari wanita tersebut yang berusia 27 tahun pada Selasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal ditahan polis kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya gara-gara satu perselisihan di kawasan parkir rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, penyanyi lekaki berusia 45 tahun kemudian ditahan di kediaman sama sekitar jam 1 tengah hari Rabu (20 April).

Tangkapan dilakukan selepas Polis Petaling Jaya menerima aduan dari wanita tersebut yang berusia 27 tahun pada Selasa.

Bekas isteri datang ke rumah untuk mengambil anak lelaki mereka

“Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami sebelum berlaku perselisihan faham kerana wanita itu enggan bergambar bersama suspek.

“Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujian air kencing negatif

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada hari ini untuk permohan reman bagi siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya.

Menurut laporan Bernama, kejadian tersebut turut tular di media sosial.

Foto sekadar hiasan| Kredit : Pexels

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.