fbpx
Now Reading
Tidak Tahu Apa Motif, Lelaki Baling Batu Nisan Dalam Masjid

Tidak Tahu Apa Motif, Lelaki Baling Batu Nisan Dalam Masjid

Motif individu tersebut melakukan hal demikian masih lagi dalam siasatan polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jemaah di Masjid Al Ittihad di Sungai Kob, Kulim, Kedah terkejut apabila menemukan batu nisan di ruang solat ketika mahu menunaikan solat subuh pada pagi semalam (20 April).

Insiden tersebut disedari oleh seorang jemaah yang berusia 60-an kira-kira pada jam 5.30 pagi sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, menerusi hasil pemeriksaan didapati cermin hadapan masjid tersebut pecah kerana dibaling dengan batu nisan berkenaan.

Menerusi siasatan pihak polis juga mendapati batu nisan itu telah dicabut dari tanah perkuburan bersebelahan masjid sebelum ia dibaling ke arah masjid.

Dilakukan oleh lelaki yang memakai jaket dan jeans berwarna biru

“Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid mendapati kejadian itu dilakukan seorang lelaki yang memakai jaket berwarna dan jeans biru.

“Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 4 pagi dan motif kejadian masih dalam siasatan,” kata Mohd Redzuan.

Polis masih cari individu terbabit

Menurutnya, usaha pihak polis dalam mencari suspek sedang dijalankan serta kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan insiden tersebut diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mohd Asnizaf Alias di talian 013-4358399.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.