fbpx
Now Reading
Berdepan Tuduhan Cederakan Bekas Isteri, Radhi OAG Mengaku Tidak Bersalah

Berdepan Tuduhan Cederakan Bekas Isteri, Radhi OAG Mengaku Tidak Bersalah

Mahkamah kemudiannya membenarkan Radhi diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan perlu mematuhi syarat agar tidak mengganggu bekas isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi, Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi Jumaat (22 April) atas pertuduhan melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Mengikut pertuduhan, vokalis kumpulan OAG itu didakwa mengasari Nur Shahira atau lebih dikenali dengan panggilan Ayu pada Selasa lalu selepas cubaan untuk berswafoto bersama wanita berusia 27 tahun itu ditolak.

Kejadian dikatakan berlaku di ruang parkir kereta di Emporis Menara D Kota Damansara,  Petaling Jaya, sekitar jam 2.29 petang.

Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Radhi atau nama penuhnya Muhammad Radhi Razali,45 diikat jamin RM2,500 ringgit dengan seorang penjamin selain diletakkan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan dan juga bekas isterinya.

Majistret turut menetapkan sebutan semula kes pada 13 Julai ini.

Terdahulu spekulasi mengenai siapa penyanyi yang ditahan kerana mencederakan bekas isterinya akhirnya terjawab apabila bekas isteri Radhi OAG pada Khamis mengakui yang dia adalah individu yang membuat laporan polis selepas dikasari.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.