Boleh Lawat & Teman Pesakit Mulai 23 April, Kata KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan pesakit di wad untuk menerima pelawat dan boleh ditemani oleh penjaga bermula 23 April ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kelonggaran itu adalah berdasarkan syarat tertentu.

Menurutnya, tatacara bagi pelaksanaan kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada kapasiti serta kemampuan hospital dan wad masing-masing.

Beliau berkata, dasar serta garis panduan yang diguna-pakai dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di kemudahan kesihatan KKM semasa pandemik COVID-19 akan sentiasa disemak serta dikemas kini.

Ia adalah berdasarkan perkembangan terkini berkenaan jangkitan wabak di dalam serta luar negara.

“Berdasarkan analisis trend terkini COVID-19 kategori 3,4, serta 5 dan kasar penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19 yang rendah, KKM meneliti semula penjaga dan pelawat di hospital.

Pelawat serta penjaga yang hendak menemani pesakit perlulah berumur 12 tahun dan ke atas

Foto: Freepik

“Langkah ini diambil selepas mengambil kira kepentingan sokongan psikososial, terutamanya daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit,” katanya.

Tambah beliau lagi, secara umumnya pelawat atau penjaga yang dibenarkan melawat serta menemani pesakit hendaklah berusia 12 tahun dan ke atas.

Selain itu, mereka juga perlu lengkap vaksinasi COVID-19 dan tidak tergolong dalam kalangan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan COVID-19, seperti mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah.

Katanya lagi, penjaga bagi kategori pesakit yang tertentu hendaklah menjalani ujian RTK-Ag kendiri, dan ujian perlu dilakukan dalam masa 24 jam, sebelum ketibaan ke hospital pada tarikh dan masa ujian berserta gambar sebagai bukti.

Penjaga hendaklah bebas dari virus COVID-19 serta bukan PUS dan tidak bergejala

Foto: Freepik

“Mereka juga tidak disyaki menghidapi COVID-19 atau individu dalam pamantauan (PUS) atau bergejala COVID-19.

“Individu terbabit juga perlu mengisi borang deklarasi COVID-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

Selain kriteria umum, KKM dalam masa yang sama turut menetapkan kriteria khusus yang harus dipatuhi mengikut kategori pesakit yang dilawati, di mana pesakit tersebut bukanlah pesakit COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata, penjaga bagi pesakit bukan COVID-19 yang ada di wad dan individu yang mahu menemani ibu mengandung semasa bersalin, hendaklah menjalani ujian saringan COVID-19, iaitu dengan melakukan RTK-Ag kendiri serta disahkan negatif.

Hanya dua pelawat dibenarkan dalam satu masa serta digalakkan melakukan ujian kendiri sebelum melawat

Lawatan daripada ahli keluarga kepada pesakit yang bukan COVID-19 yang berada sama ada di wad atau unit rawatan rapi (ICU) atau sedang tenat turut dibenarkan dan ia terhad kepada dua pelawat sahaja pada satu-satu masa.

Mereka juga digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag kendiri sebelum melawat.

Seorang sahaja penjaga yang dibenarkan untuk pesakit bukan COVID-19

Walau bagaimanapun, KKM hanya membenarkan seorang sahaja penjaga untuk pesakit bukan COVID-19 yang menerima rawatan sebagai pesakit luar atau di jabatan kecemasan serta digalakkan untuk membuat ujian kendiri sebelum hadir ke kemudahan kesihatan.

Hanya pesakit COVID-19 yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja dibenarkan oleh KKM untuk mempunyai penjaga.

“Bagi tujuan itu, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif. Ujian RTK-Ag kendiri perlu diulang sekiranya penjaga bergejalan dan sebelum pulang ke rumah.

Pesakit COVID-19 tidak dibenarkan untuk dilawat

“Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit COVID-19, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat sama ada di wad atau di ICU dengan kebenaran hanya dua pelawat pada satu-satu masa dan ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag kendiri digalakkan sebelum lawatan.

“KKM ingin menekankan dalam keadaaan tertentu, iaitu risiko penularan COVID-19 tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada dasar yang sedia ada, bagi memastikan kesihatan dan keselamtan semua pihak,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago