fbpx
Now Reading
Gara-Gara Memalukan Pelanggan, Burger King Malaysia Kecam Tindakan Pekerja & Bakal Ambil Tindakan

Gara-Gara Memalukan Pelanggan, Burger King Malaysia Kecam Tindakan Pekerja & Bakal Ambil Tindakan

Pekerja tersebut sebelum ini dikecam hebat kerana tindakannya disifatkan telah mengaibkan wanita-wanita berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang pekerja restoran makanan segera berkenaan tiga wanita Islam yang sedang makan di dalam restoran tersebut.

Rakaman itu bagaimanapun telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen kerana pekerja itu tidak sepatutnya mengaibkan pelanggan tersebut.

Burger King Malaysia kecam tindakan pekerja memalukan pelanggan tidak berpuasa

Tidak berdiam diri pihak Burger King Malaysia turut tampil dan mengecam tindakan pekerjanya itu kerana sengaja memalukan tiga wanita Islam tersebut kerana tidak berpuasa.

Burger King menerusi kenyataannya pada hari ini berkata, pihaknya telah mengesahkan serta menyesali tindakan yang dilakukan oleh salah seorang pekerjanya itu.

Kesal dengan tindakan pekerja, Burger King Malaysia bakal ambil tindakan lanjut

“Dengan amat kesal kami mengesahkan hantaran di media sosial itu telah dilakukan oleh salah seorang pekerja kami.

“Bagaimanapun, kami mengecam tindakan yang dilakukan itu dan dan tindakan lanjut bakal dilakukan,” jelasnya.

Katanya lagi, pihaknya menghargai serta menghormati privasi setiap pelanggannya dan bakal mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan insiden seperti ini dari terus berulang.

Walau bagaimanapun, pekerja tersebut telah tampil memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video tersebut di media sosial.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.