fbpx
Now Reading
‘Kematian Yang Dicemburui’ – Jemaah Meninggal Dunia Ketika Tarawih Di Masjid

‘Kematian Yang Dicemburui’ – Jemaah Meninggal Dunia Ketika Tarawih Di Masjid

Menurut isterinya, anak-anak perasan arwah suaminya sedikit pendiam sejak kebelakangan ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang jemaah lelaki tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Baling, Kedah, pada Sabtu (23 April).

Arwahyarham Zamri Saad, 51, difahamkan rebah di Masjid Tunku Intan Safinaz ketika rakaat ke-20 solat tarawih sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut isterinya, Rohani Mohd Noor, 51, dia mengetahui berita tersebut selepas abang iparnya memaklumkan insiden tersebut kepadanya.

Abang ipar maklumkan arwah suami jatuh dan pengsan

“Kira-kira pada jam 10 malam, abang suami saya datang beritahu suami telah jatuh dan pengsan ketika solat.

“Saya terus mengajak anak kedua, Nazirol, 20, ke masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid sebelum keluar semula dengan memberitahu bapanya sudah tiada,” jelasnya kepada media semalam (24 April).

Arwah tak tunjuk sebarang perubahan sebelum meninggal dunia

Foto: FB Baling Today Official

Kata isterinya lagi, bapa kepada tujuh anak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anak-anak perasan dia menjadi agak pendiam sejak akhir-akhir ini.

Dia turut tidak menyangka bahawa suaminya itu meninggal dunia ketika menunaikan solat tarawih di masjid itu.

“Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama suami saya tergerak hati berbuka puasa di masjid. Tidak sangka arwah akan dijemput ilahi ketika sedang solat tarawih di masjid itu.

“Sebelum itu, suami ada mengajak saya solat tarawih di masjid itu, namun saya menolak kerana mahu solat di surau berhampiran rumah,” jelasnya.

Bangun solat tahajud dan solat sunat sehingga waktu sahur, amalan yang dilakukan oleh suami Rohani

Semasa diminta untuk berkongsi apakah amalan yang dilakukan oleh suaminya, Rohani menyatakan arwah sentiasa bangun untuk solat tahajjud dan solat sunat lain sehingga tiba waktu sahur sepanjang Ramadan pada setiap tahun.

“Suami dulu berkerja sebagai pemandu lori tetapi sudah tidak bekerja kerana bimbang tahap kesihatan memandangkan pernah dimasukkan ke Hospital Taiping , Perak kerana sakit jantung pada tiga tahun yang lalu.

Bagaimanapun Rohani memaklumkan mereka sekeluarga reda atas pemergian suami tercinta.

“Anak-anak telah membeli baju raya warna sedondon untuk menyambut Hari Raya, namun arwah sudah pergi dahulu,” katanya.

Beritahu tak boleh makan kurma kambing, tetapi nak bawa pulang untuk anak-anak

Sementara itu, penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata arwah Zamri rebah semasa solat pada rakaat ke-20.

Menurut Hashim, arwah sebelum ini ada memberitahu bahawa dia tidak boleh makan kurma kambing ketika berbuka puasa, tetapi meminta untuk membawa balik sedikit untuk anak-anaknya.

Tiba-tiba rebah dan dengar bunyi dengkuran kuat

Tambahnya lagi, arwah turut mengadu sakit dada pada jemaah yang lain di sebelah petang sebelum insiden tersebut berlaku.

“Ketika solat, arwah tiba-tiba rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat.

“Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” ulasnya.

Dalam masa sama, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan insiden tersebut.

Disahkan meninggal dunia oleh Klinik Parit Panjang

Menerusi hasil dapatan daripada waris, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 10.10 malam setelah selesai memberi salam pada rakaat ke-20 solat tarawih ketika berada di saf hadapan dan kedudukan berada di belakang imam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Parit Panjang di sini,” jelas Shamsudin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.