fbpx
Now Reading
Lelaki Warga Emas Rogol Kucing Sehingga Mati Didakwa Di Mahkamah

Lelaki Warga Emas Rogol Kucing Sehingga Mati Didakwa Di Mahkamah

Lelaki warga emas tersebut mengaku bahawa dia telah melakukan perkara tersebut sehingga menyebabkan kucing itu mati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bharu pada Isnin, 25 April atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing pada minggu lalu.

Tertuduh, Janting Anak Keling bagaimanapun telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Janting lakukan seks luar tabii sehingga kucing mati

Dia telah dituduh melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan seekor kucing sehingga telah menyebabkan kucing tersebut mati.

Kesalahan itu turut didakwa dilakukan di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah di Skudai, lebih kurang pada pukul 4.30 petang pada 16 April lepas.

Dengan kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun serta denda atau sebat.

Berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau keduanya sekali

Kes ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Thivijaya, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya berkata, tiada jaminan yang dapat ditawarkan kepada tertuduh, namun sekiranya mahkamah mahu menawarkan jaminan, pihak pendakwaan memohon nilai RM15,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh perlu melaporkan dirinya kepada balai polis berdekatan.

Tertuduh kemudiannya merayu

Dalam masa sama, tertuduh kemudian merayu agar jumlah jaminan dikurangkan berikutan dirinya tidak bekerja.

“Saya baru datang ke Johor Bahru dari Sarawak dan tiada pekerjaan. Saya juga menumpang di rumah anak perempuan,” jelasnya.

Mahkamah kemudian membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.