fbpx
Now Reading
Isu MV Lagu Raya Kontroversi :Individu Terlibat Akan Dipanggil MCMC Hari Ini

Isu MV Lagu Raya Kontroversi :Individu Terlibat Akan Dipanggil MCMC Hari Ini

MCMC telah bertindak untuk membuka kertas siasatan dan memanggil individu yang terlibat dengan MV tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memanggil individu yang terlibat dengan satu klip video lagu raya yang menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan, notis telah diberikan kepada individu yang dikenal pasti dan mereka diminta hadir ke Ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di Cyberjaya pada hari ini (26 April).

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Foto: MalayMail

“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” Jelas Annuar.

Annuar berkata demikian kepada media, selepas menghadiri Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) pada Isnin (25 April).

MV tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat

MV yang menunjukkan sekumpulan penari lelaki berperwatakan lembut serta bersolek itu bagaimanapun telah mencetuskan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat kerana tidak bersesuaian terutama ketika di bulan Ramadan ini.

Beliau turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah menerima banyak aduan termasuklah dari Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan MV tersebut.

Menimbulkan keresahan kerana mempunyai unsur bercanggah dengan gaya hidup masyarakat di Malaysia

Tambahnya lagi, keresahan itu timbul kerana video tersebut mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dari amalan serta norma masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Annuar memaklumkan, jemaah menteri bersetuju supaya siaran radio RTM bahasa Tagalog ditamatkan kerana ia didapati tidak lagi efektif malah jumlah pendengarnya juga berkurangan.

“Satu ketika dulu RTM adakan satu saluran radio khusus dalam bahasa Filipina atau Tagalog terutama sekali bagi kemudahan sebahagian penduduk di Sabah atau Selatan Filipina.

“Siaran FM biasa yang ada di Sabah dikira sudah memadai dan bahasa kebangsaan serta bahasa local menjadi cukup efektik melalui saluran radio sedia ada,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.