fbpx
Now Reading
SKMM Tiada Kuasa Untuk Sekat MV Klepok Raya Secara Serta Merta – Annuar Musa

SKMM Tiada Kuasa Untuk Sekat MV Klepok Raya Secara Serta Merta – Annuar Musa

Menteri komunikasi itu memaklumkan bahawa pihaknya tidak boleh menyekat serta-merta klip video tersebut dan perlu melalui proses siasatan terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu klip video lagu hari raya oleh seorang usahawan kontroversi yang didakwa mempunyai kandungan yang tidak sesuai dengan masyarakat itu tidak boleh disekat serta-merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya harus melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

Tak boleh sekat nanti orang saman

“Kita tak boleh sekat sebab nanti orang saman kita. Kalau nak sekat kena berdasarkan undang-undang. Kementerian dan menteri tak boleh sekat. Yang boleh sekat mahkamah.

“Kalau boleh sekat, macam-macam saya dah sekat, tetapi kita ada akta, maknanya kalau langgar undang-undang, baru boleh ambil tindakan,” jelasnya kepada media.

Aliff Syukri dan individu lain yang terlibat hadir ke ibu pejabat SKMM untuk beri keterangan

Annuar berkata demikian ketika mengulas isu klip video lagu Aidilfitri Datuk Aliff Syukri Kamarzaman selain mengesahkan beberapa individu telah hadir untuk memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya, pada pagi semalam (26 April)

‘Saya mohon kemaafan kepada semua mungkin tersinggung dengan video itu’

Aliff sebelum ini dilaporkan telah hadir di SKMM pada pukul 9.58 pagi semalam untuk memberi keterangan selama hampir lima jam untuk membantu siasatan berkenaan klip video muziknya yang dikata bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut merayu agar isu ini tidak dikaitkan dengan ahli keluarganya serta memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.