fbpx
Now Reading
Gara-Gara Salah Faham 1,000 Pelajar Gagal Peperiksaan Di Thailand

Gara-Gara Salah Faham 1,000 Pelajar Gagal Peperiksaan Di Thailand

Kira-kira 1,000 orang pelajar telah membuat bantahan untuk menyemak semula keputusan kerana gagal dalam peperiksaan yang berpunca daripada salah faham.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana ‘silap komunikasi’, seramai 1,000 orang pelajar di Thailand didapati gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti.

Menerusi laporan Thaiger, penyelia peperiksaan telah memaklumkan kepada pelajar bahawa mereka tidak perlu menulis nama serta nombor siri pada kertas ujian mereka.

CUPT enggan semak kertas ujian peperiksaan pelajar kerana tidak patuhi garis panduan

Namun, apa yang memeranjatkan apabila Majlis Presiden Universiti Thailand (CUPT) enggan menyemak kertas ujian pelajar-pelajar tersebut kerana mereka tidak mematuhi garis panduan yang diberikan iaitu menulis nama dan nombor siri pada kertas peperiksaan mereka.

Mereka kemudian diberikan markah sifar kerana gagal mematuhi garis panduan rasmi yang diberikan.

Tak puas hati, minta untuk semak semula keputusan

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, sekumpulan pelajar telah menggesa Menteri Pelajaran Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Anek Laothamatas untuk meneliti semula keputusan kemasukan ke universiti berkenaan.

Walau bagaimanapun, markah bagi Ujian Aptitud Am (GAT) dan Ujian Aptitud Profesional (PAT) telah diumumkan pada minggu lepas selepas ujian tersebut dijalankan pada bulan yang lalu.

Peperiksaan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahasa Thailand dan juga Bahasa Inggeris dengan markah maksimum ditetapkan sebanyak 150 markah.

Segelintir pelajar diberikan markah sifar

Namun, segelintir pelajar terkejut apabila mereka diberikan markah sifar pada bahagian Bahasa Thailand bagi peperiksaan GAT.

Seorang wakil pelajar memberitahu dia cuba untuk memasuki universiti idamannya selama empat tahun dan kini dia terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengambil peperiksaan itu semula.

Seorang wakil pelajar minta buat semakan semula kertas peperiksaan

Dia dalam masa sama turut meminta agensi yang terlibat untuk membuat semakan semula kertas peperiksaan serta menyokong mereka agar mendapat markah yang diperlukan untuk belajar di universiti pilihan masing-masing.

Menurut Pengurus Sistem Kemasukan Pusat Universiti Thai, pihak CUPT telah mengadakan perbincangan bersama dengan penyelia-penyelia peperiksaan selepas mereka menerima 1,000 bantahan daripada pelajar tersebut.

Mereka kemudiannya mengakui terdapat salah faham yang tidak disengajakan.

Di dalam laporan itu, penyelia yang bertanggungjawab telah terkeliru dengan soalan pelajar sama ada mereka perlu menulis nama sebelum sesi ujian tamat atau sebaliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.