fbpx
Now Reading
Pemandu Bas Ekspres Maut Digilis Bas Sendiri

Pemandu Bas Ekspres Maut Digilis Bas Sendiri

Pemandu tersebut telah memberhentikan bas itu di bahu jalan untuk membaik pulih sebelum digilis oleh kenderaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pemandu lelaki maut kerana digilis bas yang dipandunya dalam insiden yang berlaku berdekatan Tol Subang di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE), Petaling Jaya pada Rabu (27 April).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan, dalam insiden yang berlaku pada 4 petang itu, pemandu bas ekspres tersebut berhenti di bahu jalan disyaki untuk membaik pulih kerosakan pada kenderaan berkenaan.

Bas bergerak lalu menggilis mangsa

“Mangsa iaitu pemandu bas telah memberhentikan bas di tepi jalan dan masuk di bawah bas untuk membaik pulih namun dipercayai bas telah bergerak lalu menggilis mangsa.

“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam (27 April).

Siasatan lannjut masih dilakukan untuk mengetahui punca sebenar

Menurut Fakhrudin, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berasa di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.