fbpx
Now Reading
Restoran Ini Diarah Tutup Lepas Didapati Goreng Samosa Di Dalam Tandas Selama 30 Tahun. Jijiknya!

Restoran Ini Diarah Tutup Lepas Didapati Goreng Samosa Di Dalam Tandas Selama 30 Tahun. Jijiknya!

Restoran tersebut bukan sahaja menyediakan makanan di dalam tandas, malah turut menggunakan bahan yang telah tamat tempoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak berkuasa di Arab Saudi telah menutup sebuah restoran di Jeddah selepas mendapati kedai makan tersebut menyediakan kuih samosa serta snek makanan ringan yang lain di dalam tandas sejak lebih daripada 30 tahun lalu.

Memetik laporan Gulf News, serbuan telah dilakukan terhadap restoran yang beroperasi di dalam sebuah bangunan berdasarkan maklumat yang diterima.

Namun, apa yang lebih buruk adalah semua pekerja di restoran itu tidak mempunyai kad kesihatan dan telah melanggar undang-undang bangunan kediaman.

Guna bahan yang sudah tamat tempoh

Menurut laporan Okaz yang dipetik oleh Gulf News, restoran itu dipercayai turut menggunakan ayam, daging serta keju yang telah tamat tempoh lebih dua tahun lalu.

Malah bukan itu sahaja, makhluk perosak seperti tikus dan serangga turut dikesan di tapak restoran tersebut.

Beberapa restoran haram turut ditutup

Menurut pihak perbandaran, beberapa restoran haram turut ditutup serta pihaknya telah merampas dan memusnahkan lebih daripada satu tan makanan.

Terdahulu, pada Januari sebuah restoran shawarma terkenal di Jeddah turut ditutup selepas mereka mengesan seekor tikus yang berkeliaran serta menjamu daging lidi di restoran tersebut.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.