fbpx
Now Reading
Ribuan Pengguna Twitter Seluruh Dunia Tutup Akaun Lepas Elon Musk Beli Twitter

Ribuan Pengguna Twitter Seluruh Dunia Tutup Akaun Lepas Elon Musk Beli Twitter

Pengguna yang telah menutup akaun mereka itu merupakan akaun yang organik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Twitter kini sedang dibanjiri dengan laporan berkenaan pengguna berprofil tinggi yang kehilangan ribuan pengikut selepas tersebar berita yang Elon Musk akan membeli rangkaian sosial tersebut.

Menurut laporan NBC News, syarikat itu pada Selasa (26 April) mendedahkan mengalami turun naik dalam pengiraan pengikut ekora dari penyahaktifan akaun yang organik.

Walau bagaimanapun, akaun ahli politik berhaluan kanan, termasuk Ahli Kongres Marjorie Taylor Greene (R-Ga) dari Georgia mempunyai bilangan pengikut yang meningkat.

Greene yang mempunyai pengikut sebanyak 539,000 sehari meningkat kepada 632,00 dan Presiden Brazil Jair Bolsonaro seorang populis berhaluan kanan memperoleh hampir 900,000 pengikut pada Selasa selepas pengumuman pengambilalihan Musk dilakukan.

Menurut laporan akhbar itu, Twitter bagaimanapun tidak memberikan jumlah yang tepat bagi akaun yang telah ditutup atau diaktifkan selepas pengumuman pemilik dilakukan pada Isnin (25 April) lalu.

Masih meniliti ‘turun naik terkini pengiraan pengikut’

Ia berkata mereka sedang meneliti ‘turun naik terkini bagi pengiraan pengikut’.

“Sementara itu, pihak kami terus mengambil tindakan ke atas akuan yang melanggar dasar spam yang boleh menjejaskan pengiraan pengikut.

“Turun naik ini menunjukan sebahagian besarnya adalah hasil daripada peningkatan dalam penciptaan dan penyahaktifan akaun baharu,” jelas Twitter.

Seorang jurucakap Twitter berkata, akaun yang mengalami penurunan pengikut paling teruk adalah akaun berprofil tinggi seperti Bekas Presiden Barack Obama yang hilang pengikut sebanyak 300,000 pada bulan April selepas pengumuman tersebut dilakukan.

Manakala bintang popular Katy Perry iaitu pengguna ketiga paling banyak pengikut di Twitter kehilangan lebih 200,000 pengikut.

Bimbang pendekatan maksimal Musk pada kebebasan bersuara

Menurut laporan The Hollywood Reporter pula, penyahaktifan itu berlaku kerana pengguna bimbang pendekatan maksimal Musk kepada kebebasan bersuara.

Seperti akan membawa kepada perubahan dalam penyederhanaan kandungan pada platform dan dasar polisi dan retorik ekstremis serta kembalinya pengguna yang dilarang.

“Perasaan intuitif saya yang kuat ialah mempunyai platform awam yang dipercayai secara maksimum dan inklusif secara maksimum dan inklusif secara meluas adalah sangat penting untuk masa depan tamadun. Saya langsung tidak kisah tentang ekonomi,” jelas Musk semasa persidangan TED di Vancouver pada 14 April lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.