fbpx
Now Reading
Tular Video Pukul Rakan Di Sekolah, Polis Tahan 13 Pelajar Tingkatan Empat

Tular Video Pukul Rakan Di Sekolah, Polis Tahan 13 Pelajar Tingkatan Empat

Menerusi video yang tular di media sosial itu, pelajar-pelajar tersebut telah bertindak memukul hingga terjatuh sebelum memijak mangsa beramai-ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1519563487659585538?s=21&t=1vOiHCOpwCisMfc-k8x8RA

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan insiden pergaduhan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Langkawi.

Menerusi video tersebut, kumpulan pelajar itu dilihat memukul dan memijak seorang rakan mereka hingga jatuh ke atas lantai.

Susulan dengan insiden itu, polis telah bertindak menahan 13 orang pelajar tingkatan empat yang terlibat untuk membantu siasatan/

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari memaklumkan, seramai 12 orang pelajar ditahan jam 12.30 tengah hari semalam (28 April) manakala seorang lagi telah ditahan pada jam 3.00 petang.

Lima darinya merupakan rakan sekelas mangsa

“Daripada jumlah ke semua pelajar yang ditahan, lima daripada mereka merupakan rakan sekelas kepada mangsa manakala baki yang lain dari kelas berasingan. Rakaman percakapan sedang diambil bagi membantu siasatan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Mangsa juga baru sahaja berpindah ke Langkawi lebih kurang sebulan yang lalu.

Sebelum ini, media ada melaporkan pihak polis telah menerima satu laporan berkenaan kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun yang dipukul beberapa pelajar lain menerusi satu video yang berdurasi 25 saat.

Berlaku perselisihan faham antara mangsa dan pelajar lain

Insiden yang berlaku jam 9 pagi pada 27 April itu disyaki kerana berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain yang kemudiannya membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut.

Menurut laporan Kosmo!, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.