fbpx
Now Reading
Dua Pengunjung Diserang Obor-Obor Ketika Lakukan Aktiviti Air Di Terengganu

Dua Pengunjung Diserang Obor-Obor Ketika Lakukan Aktiviti Air Di Terengganu

Kedua-dua mangsa yang disengat ubur-ubur telah diberikan rawatan awal dan menunjukkan simptom kemerahan pada kulit yang disengat oleh haiwan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang budak perempuan dan seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diserang obor-obor dalam dua insiden yang berlainan ketika melakukan aktiviti di Pantai Bukit Keluang, Besut, pada Selasa (3 May) lalu.

Memetik laporan Bernama, budak perempuan yang berusia lapan tahun dari Pasir Mas, Kelantan itu telah disengat jam 2.25 petang diikuti lelaki berusia 32 tahun selang empat jam kemudian.

Kulit kemerahan akibat diserang obor-obor

Foto: FB APM Daerah Besut

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid memaklumkan kedua-dua mangsa itu menunjukkan simptom kemerah pada kulit yang disengat.

Mereka juga telah diberikan rawatan awal daripada penyelamat pantai APM yang bertugas di lokasi insiden tersebut.

Tiada kecederaan serius kepada kanak-kanak perempuan, manakala mangsa lelaki alami sesak nafas

Foto: FB APM Daerah Besut

“Kanak-kanak perempuan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan pulang untuk rawatan susulan di rumah. Lelaki berkenaan terpaksa dihantar ke Hospital Besut selepas mengalami sesak nafas akibat sengatan tersebut.

“Ini adalah kejadian pertama serangan obor-obor yang dilaporkan di Terengganu pada tahun ini, saya berharap pengunjung pantai akan lebih berwaspada ketika melakukan aktiviti air,” jelasnya sewaktu dihubungi.

Disengat ketika main bot pisang

Menurut laporan Utusan, kedua-dua mangsa terkena sengatan haiwan laut tersebut sewaktu di dalam air ketika bermain bot pisang.

“Rawatan awal yang diberikan juga adalah dengan meletakkan cuka di bahagian yang terkena sengatan,” kata Ramlan.

Beliau dalam masa yang sama turut memaklumkan, APM akan mempertingkat pemantauan di sekitar kawasan pantai Bukit Keluang serta berharap orang ramai untuk segera membuat laporan jika terjumpa obor-obor bagi membolehkan pihaknya untuk mengambil tindakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.