fbpx
Now Reading
Penyampai Berita Cedera Ketika Kejar Penyamun, Insiden Sempat Dirakam Janna Nick [Video]

Penyampai Berita Cedera Ketika Kejar Penyamun, Insiden Sempat Dirakam Janna Nick [Video]

Suspek bertindak memecut kereta menyebabkan penyampai berita itu terseret di jalan sebagai usaha melarikan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang Penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan cedera kerana diseret oleh sebuah kereta selepas cuba untuk mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap keretanya di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Insiden yang berlaku jam 3.40 petang itu telah menyebabkan Khairul Rizuan, 34, mengalami luka di bahagian tangan, jari kanan dan lutut kanan kerana diseret kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek yang kemudian bertindak untuk melarikan diri.

Memetik laporan Harian Metro, Khairul Rizuan berkata, dia telah meletakkan kenderaan jenis Honda City miliknya di tepi jalan untuk pergi ke sebuah kedai serbaneka yang terletak di lokasi tersebut.

Tendang tingkap kereta untuk ambil beg

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” ulasnya.

Katanya, lelaki itu juga mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut.

Sempat tumbuk muka lelaki itu sebelum diheret

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.

“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” jelasnya ketika membuat laporan di Balai Polis Damansara.

Mangsa hanya alami cedera ringan, namun alami kerugian RM500

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood, dalam masa sama memaklumkan mangsa mengalami cedera ringan dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan menganggarkan kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM500.

“Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” kata Ku Mashariman.

Insiden tersebut sempat dirakam dashcam milik kenderaan Janna Nick

@jannanickofficial

Pihak polis tak bagi expose plat number. Taknak ganggu siasatan. Cuma pls berjaga2 korang.

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Insiden tersebut turut tular di media sosial selepas dimuatnaik pelakon dan penyanyi terkenal, Janna Nick yang kebetulan lalu di lokasi berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.