fbpx
Now Reading
Polis Beri Amaran, Scammer Guna Aplikasi Jual ‘Durian Murah’ Untuk Perdaya Mangsa

Polis Beri Amaran, Scammer Guna Aplikasi Jual ‘Durian Murah’ Untuk Perdaya Mangsa

Menurut Polis Daerah Timur Laut, golongan scammer ini akan cuba menipu orang ramai menerusi urusan jual beli durian dalam talian menggunakan aplikasi D4 Durian yang boleh dimuat turun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, durian atau nama saintifiknya Durio Zibenthinus mengandungi banyak khasiat dan manfaat.

Selain itu, rasanya yang enak meembuatkan raja buah ini sentiasa menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan.

Pantang tiba musim durian, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk menikmatinya. Meskipun kebanyakannya ditawar pada harga yang tidak masuk akal, ianya masih boleh didapati dengan harga yang lebih murah jika anda pandai mencarinya.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan penggemar durian.

Menurut Polis Daerah Timur Laut, golongan scammer ini akan cuba menipu orang ramai menerusi urusan jual beli durian dalam talian menggunakan aplikasi D4 Durian yang boleh dimuat turun.

Aplikasi yang digunakan untuk memperdaya mangsa yang berminat membeli durian

Ia boleh dilihat apabila kes penipuan pembelian dulian secara dalam talian mula meningkat di daerah berkenaan.

Ditawarkan di media sosial seperti FB dan IG

Difahamkan modus operasi yang digunakan adalah dengan menawarkan durian pada harga murah di laman media sosial seperti Facebook dan Instagram sekaligus menarik perhatian mangsa.

“Suspek kemudian akan berurusan terus dengan mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp dan diarahkan tekan pada pautan yang diberikan sebelum diminta memuat turun aplikasi D4 Durian bagi membuat bayaran.

“Apabila klik pada pautan yang diberikan itu, ia akan membawa halaman yang menyerupai transaksi FPX,” katakenyataan yang dimuat naik IPD Timur Laut di laman Facebook mereka.

Tambah kenyatan itu lagi, sebaik mangsa memasukkan nama dan kata laluan, sistem pembayaran itu akan tergendala.

“Kemudian, mangsa menerima mesej dari pihak bank terdapat pemindahan wang dari akaun pengadu ke akaun pihak ketiga (amaun yang tinggi daripada harga pembelian tersebut),” dedah IPD Timur Laut lagi.

Sudah ada beberapa mangsa

Carian kami di Facebook mendapati sudah terdapat beberapa pengguna yang tampil memberi amaran berhubung penipuan tersebut antaranya KH Lai yang mendedahkan sudah ada dua individu dari Puchong, Selangor yang telah menjadi mangsa.

Laman masih lagi aktif

Hasil carian kami turut mendapati laman terlibat masih lagi terdapat di Facebook namun tiada sebarang perkongsian baharu sejak 15 April yang lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.