fbpx
Now Reading
Malaysia Di Kedudukan Pertama Di Asia, Layari Laman Lucah Sewaktu PKP
layari laman web lucah

Malaysia Di Kedudukan Pertama Di Asia, Layari Laman Lucah Sewaktu PKP

Malaysia bukan sahaja menduduki tempat pertama di Asia, tetapi tempat keempat di dunia dalam melayari laman web lucah semasa PKP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun 2020, Malaysia telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai salah satu usaha dalam membendung virus Covid-19 daripada terus merebak.

Susulan dengan pengumuman tersebut, seluruh rakyat Malaysia telah diarahkan untuk duduk di rumah dan tidak digalakkan keluar melainkan mempunyai urusan yang penting.

Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan orang ramai terpaksa bekerja dari rumah dan belajar secara atas talian.

Malaysia duduki tempat teratas di Asia

Menerusi laporan Kosmo, hasil kajian didapati Malaysia menduduki tangga yang tertinggi di Asia di mana rakyat gemar menghabiskan banyak masa dengan melayari laman web lucah sewaktu tempoh PKP berlangsung.

Manakala pada peringkat dunia, Malaysia menduduki tempat keempat di bawah Slovakia, Bulgaria serta Ireland.

Trafik seluruh dunia melonjak semasa perintah kawalan dilaksanakan

Menerusi statistik di sebuah laman web lucah, trafik di seluruh dunia melonjak pada 11.6% daripada 6.5% dari 16 sehingga 17 Mac 2020 ketika perintah kawalan di kebanyakkan negera dilaksanakan.

Untuk makluman pada 30 November 2021, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah memaklumkan pada Dewan Rakyat sebanyak 4,068 laman pornografi telah disekat oleh pihaknya.

Kredit foto: Today

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.