fbpx
Now Reading
Gara-Gara Tumbuk Pelanggan, Pekerja Restoran Nasi Kandar Didenda RM1,500
Pekerja kedai nasi kandar didenda rm1500

Gara-Gara Tumbuk Pelanggan, Pekerja Restoran Nasi Kandar Didenda RM1,500

Seorang pekerja lelaki di sebuah restoran dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 kerana menumbut pelanggan dengan sengaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pekerja lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Jempol, yang bertindak menumbuk seorang pelanggan pada 5 Mei lalu telah dijatuhkan hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau pada hari ini (10 Mei).

Menerusi laporan Berita Harian, Mohd Isa Ramliee, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan mangsa

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 5 Mei pukul 1.00 pagi bertempat di sebuah restoran nasi kandar di Bahau dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Shahrul Nizam Mohd Yusni, 30.

Oleh itu, dia dituduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Penjara 9 bulan jika gagal bayar denda

Jika gagal untuk membayar denda yang dikenakan, tertuduh boleh dipenjara selama sembilan bulan.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakli oleh mana-mana peguam.

Sebelum ini, BuzzKini turut melaporkan berkenaan video pergaduhan yang tular di media sosial atas ke tidak puas hatian seorang pelanggan terhadap harga makanan yang ditetapkan oleh restoran tersebut.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.