
Kecoh Isu Pesawat Delay, Pelanggan Boleh Tuntut Pampasan Kepada Syarikat Penerbangan Akibat Kelewatan, Kata KPDNHEP
Menteri KPDNHEP memaklumkan bahawa pelanggan boleh membuat tuntutan pampasan sekiranya penerbangan lewat, namun ia tertakluk kepada beberapa faktor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ramai pelanggan merungut ekoran penerbangan yang dijadualkan lewat daripada waktu yang telah ditetapkan.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pelanggan syarikat penerbangan yang berdepan dengan isu kelewatan berhak untuk menuntut pampasan tertakluk kepada beberapa faktor bagi meneruskan perjalanan.
Pampasan bergantung kepada punca penerbangan ditunda atau dibatalkan
Air Asia Tunda, Jadual Semula Penerbangan
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) May 9, 2022
Sebagai menteri yang ditugaskan menjaga pengguna, saya mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan disuarakan pengguna berhubung kelewatan penerbangan Air Asia, membabitkan pelbagai destinasi dalam negara. pic.twitter.com/lpZMoFJjDk
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, menerusi maklumat yang diperoleh dari Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pampasan tersebut bergantung kepada punca penerbangan ditunda atau pembatalan yang berlaku, lapor Berita Harian.
Menurut beliau, ianya merangkumi:
1) Makanan, panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih.
2) Penginapan hotel serta pengangkutan sekiranya penangguhan selama lima jam atau lebih.
3) Pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif sekiranya penerbangan tersebut dibatalkan.
‘Pengecualian pampasan patut diberikan jika keadaan luar biasa’
“Bagaimanapun, satu-satunya pengecualian pampasan patut diberikan sekiranya berlaku keadaan luar biasa yang boleh mendatangkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrim yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkakannya.
“Justeru, sekiranya pengguna perkhidmatan penerbangan berpendapat tidak mendapat pampasan sewajarnya, boleh kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan sebelum menghubungi MAVCOM,” jelasnya menerusi ciapan di Twitter.
Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM.@weekasiongmp@MOTMalaysia #hakpengguna#kpdnhep
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) May 9, 2022
Ambil maklum keluhan pengguna berkenaan isu kelewatan penerbangan
Tambahnya lagi, beliau ambil maklum berkenaan rungutan,aduan serta keluhan yang disuarakan oleh pengguna berkaitan kelewatan penerbangan syarikat itu yang membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.
“Kelewatan yang berlaku ini dikesan sejak penghujung bulan lalu dan masih berlanjutan.
“Pihak kementerian akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna, selain bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi merungkai permasalahan ini demu memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang,” ulasnya lagi.