fbpx
Now Reading
Tular Video Lelaki Berpaut Belakang Lori, Dipercayai Ada Masalah Mental [Video]
Lelaki panjat belakang lori tangki masalah mental

Tular Video Lelaki Berpaut Belakang Lori, Dipercayai Ada Masalah Mental [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial kelihatan lelaki tersebut berpaut pada belakang lori berkenaan sebelum dia terjatuh di jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (9 Mei) tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang berpaut pada belakang lori tangki yang sedang bergerak sejauh tiga kilometer sebelum terjatuh di Kilometer (KM) 160, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan.

Lelaki terbabit bagaimanapun dipercayai mempunyai masalah mental.

Menerusi laporan Harian Metro, dalam insiden pukul 3.30 petang itu, mangsa yang juga merupakan seorang penganggur berusia 39 tahun cedera di beberapa bahagian seperti atas mata kiri, tangan kiri serta kaki kanan.

Mangsa telah memanjat bahagian belakang lori tangki

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahangm Superintendan Kamarulzaman Jusoh memaklumkan, siasatan mendapati mangsa telah memanjat bahagian belakang lori tangki di sebuah stesen minyak terletak di Bandar Lanchang.

Katanya, pemandu lori tersebut tidak menyedari mangsa telah memanjat kenderaan berkenaan sebelum terus beredar dari stesen minyak itu.

Mangsa terjun ketika lori sedang bergerak

Mangsa bagaimanapun telah bertindak terjun dari lori tangki terbabit yang ketika itu sedang bergerak di Kampung Dala di Lanchang.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang oleh pemandu kenderaan lain yang melihatnya sebelum ahli keluarganya dimaklumkan berkaitan kejadian itu.

Tidak sedar insiden berkenaan, pemandu lori hadir buat laporan selepas lihat video tular

“Pemandu lori berusia 52 tahun berasal dari Terengganu tidak menyedari kejadian itu sehingga dia melihat video tular membabitkan kenderaannya malam tadi, jelasnya.

Tambah beliau lagi, pemandu lori yang melihat video tersebut sekitar jam 9 malam telah hadir ke Balai Polis Temerloh untuk membuat laporan polis pada jam 3.50 petang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” ulasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.