fbpx
Now Reading
Padah Buli Gelandangan OKU, Pemuda Diarah Minta Maaf Sebelum Ditahan Polis [Video]
buli gelandangan

Padah Buli Gelandangan OKU, Pemuda Diarah Minta Maaf Sebelum Ditahan Polis [Video]

Lelaki yang mengacukan mercun ke arah mangsa telah bertindak untuk memeluk dan melutut kepada mangsa sebagai tanda memohon maaf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sikap hormat menghormati adalah penting buat semua orang. Walau dengan siapa sekalipun kita berurusan, pastikan agar tidak bersikap berlebihan serta memperkecilkan orang lain.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki penghantar barang yang membuli seorang gelandangan yang juga orang kurang upaya (OKU).

Acukan mercun ke arah mangsa

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Lowrence J yang sebelum itu dimuatnaik oleh Mohd Afiq.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan telah menghalakan mercun yang dipercayai mercun das ke arah mangsa sambil aksi tersebut dirakam oleh rakannya sendiri.

Sedar akan kesilapan itu pekerja penghantar barang itu kemudian disuruh untuk memohon maaf kepada gelandangan tersebut.

Mohon maaf dan melutut kepada mangsa

Bukan itu sahaja, dapat didengari suara yang dipercayai majikannya mengarahkan lelaki itu untuk memeluk dan melutut kepada gelandangan itu di atas tindakannya.

Polis tahan dua pekerja syarikat penghantaran barang

Sementara itu, pihak polis turut menahan dua pekerja syarikat penghantaran barang yang membuli lelaki OKU di Bandar Baru Semariang, semalam (10 Mei), lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ashmon Bajah di dalam video tersebut lelaki itu telah menghalakan mercun ketika lelaki OKU yang berusia 40 tahun itu sedang berehat di tangga sebuah bangunan.

Berikutan video yang tular di laman sosial itu, satu laporan polis diterima dan bertindak atas laporan itu dua suspek termasuk yang merakam video itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Santubong serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, petang semalam.

Suspek direman empat hari dan semua barang dirampas

Suspek direman empat hari mulai hari ini dan semua barang kes termasuk pakaian seragam syarikat penghantar yang dipakai suspek utama ketika kejadian dan bekas mercun yang digunakannya dirampas,” jelasnya ketika sidang media.

Tambah beliau lagi, kes disiasat di bawah 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek dan seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana cuai menggunakan bahan letupan iaitu mercun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.