fbpx
Now Reading
Lelaki Culik Budak Sekolah Rupanya OKU Mental [Video]
Lelaki OKU mental culik budak 7 tahun

Lelaki Culik Budak Sekolah Rupanya OKU Mental [Video]

Kanak-kanak itu telah dipelawa oleh lelaki tersebut untuk menghantarnya pulang ke rumah, enggan dengan ajakan itu dia kemudian dibawa lari oleh suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak berdepan dengan situasi cemas apabila diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya dengan menaiki motosikal dalam satu insiden di Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, pada Rabu (11 Mei).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan sebelum insiden suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an telah mempelawa murid tersebut untuk menghantarnya pulang ke rumah sebelum melarikan kanak-kanak tersebut, lapor Sinar Harian.

Suspek ditahan orang awam

“Kemudian seorang lelaki membuat panggilan di Balai Polis Taman Scientex pada jam 11.30 pagi memaklumkan suspek sudah ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai.

“Sepasukan anggota cegah jenayah dari Balai Polis Taman Scientex bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek. Turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan dalam kejadian tersebut,” jelasnya.

Suspek pesakit mental dan positif dadah

Menurut Kamarul Zaman, menerusi siasatan suspek didapati merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental serta hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methaphetamine.

Tambah beliau lagi, suspek masih dikehendaki polis di bawah kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mangsa dipegang dan dibawa lari selepas enggan naik motosikal

Menerusi laporan Kosmo, difahamkan mangsa yang berusia tujuh tahun itu enggan menaiki motosikal ketika dipelawa oleh suspek sebelum dia dipegang untuk dibawa lari.

Namun, insiden tersebut disedari oleh beberapa orang awam yang melalui kawasan tersebut.

“Suspek juga bertindak agresif sebelum orang ramai membantu menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis,” jelas Kamarul Zaman lagi.

Pihak polis Johor turut menasihatkan ibu bapa, penjaga serta pelajar supaya lebih peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling agar perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Sebelum ini, tular beberapa video yang memaparkan seorang lelaki yang sedang mendukung dan sedang melarikan seorang murid yang berpakaian sekolah agama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.