fbpx
Now Reading
AirAsia Akan Menambah baik Perkhidmatan, Bakal Tambah Pesawat Mulai Julai – KPDNHEP
AirAsia Akan Menambah baik Perkhidmatan, Bakal Tambah Pesawat Mulai Julai – KPDNHEP

AirAsia Akan Menambah baik Perkhidmatan, Bakal Tambah Pesawat Mulai Julai – KPDNHEP

AirAsia dalam masa yang sama bakal membuka empat saluran sebagai pelan alternatif bagi menyelesaikan setiap aduan yang dibangkitkan oleh pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, AirAsia telah memberi jaminan bahawa mereka bakal menambah baik dan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Perkara tersebut antara intipati yang dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi menerusi ciapan di Twitter.

Ia berdasarkan hasil daripada pertemuan bersama pengurus tertinggi AirAsia yang diketuai Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun.

Isu keselamatan menjadi keutamaan

“Mereka sedia tambah baik perkhidmatan namun menegaskan isu keselamatan tetap diutamakan,” ulasnya di Twitter.

AirAsia sebelum ini telah menjadi bahan kritikan netizen khususnya pelanggan yang kecewa dengan isu penundaan jadual penerbangan ketika kemuncak semasa musim perayaan pada awal bulan ini, lapor Utusan Malaysia.

Ia berikutan daripada lonjakan permintaan biasa bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran buat rakyat untuk merentas negeri bermula pada 1 April yang lalu.

Alexender turut memaklumkan AirAsia telah memberi penerangan secara teknikal dan justifikasi berikutan isu kelewatan penerbangan yang berlaku baru-baru ini di seluruh negara.

Akan sediakan 4 saluran sebagai pelan alternatif

AirAsia berkata, pihaknya bersedia untuk menyelesaikan setiap aduan yang dibangkitkan para pelanggan mereka menerusi empat saluran yang bakal disediakan syarikat itu sebagai pelan alternatif.

Mengenai isu kredit atau pulangan wang ekoran penundaan atau pembatalan jadual pula, Alexender berkata, operator udara itu bukannya syarikat penerbangan global, AirAsiaX.

Tawar polisi pulangan secara tunai pada penumpang

“Sehubungan itu, pihak pengurusan AirAsia Berhad akan menawarkan polisi pulangan secara tunai kepada penumpang yang terjejas tanpa sebarang isu berbangkit,” kata Alexender Nanta Linggi.

Menerusi laporan Bernama pula, Alexender turut menjelaskan syarikat penerbangan itu akan menambah pesawat secara berperingkat (berbanding 40 ketika ini) bagi menampung permintaan penumpang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.