fbpx
Now Reading
Sepanyol Tawar Cuti 3 Hari Buat Pekerja Wanita Yang Alami Masalah Ketika Datang Haid
Sepanyol beri cuti 3 hari kepada wanita datang bulan

Sepanyol Tawar Cuti 3 Hari Buat Pekerja Wanita Yang Alami Masalah Ketika Datang Haid

Sepanyol akan memberikan cuti selama 3 hari kepada wanita yang mengalami masalah sakit haid yang serius seperti sengugut, cirit-birit serta yang lain-lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepanyol menjadi negara Barat pertama yang memberikan ‘cuti datang bulan’ sebanyak tiga hari sebulan kepada pekerja wanita yang mengalami sakit haid seperti sengugut semasa bekerja.

Kerajaan Sepanyol bakal meluluskan perkara tersebut pada minggu hadapan seperti yang telah diumumkan menerusi stesen radio Cadena Ser, lapor Daily Mail.

Selain negara Eropah itu, beberapa negara lain yang telah melaksanakan cuti datang bulan kepada wanita termasuklah Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia.

Sekolah perlu sediakan tuala wanita bagi kanak-kanak perempuan

Berdasarkan pakej pembaharuan yang dijangka akan diluluskan pada mesyuarat kabinet Sepanyol pada Selasa yang akan datang, sekolah juga dikehendaki untuk menyediakan tuala wanita bagi kanak-kanak perempuan yang memerlukannya.

Beri cuti kepada wanita yang menggugurkan kadungan

Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Keganasan Gender, Angela Rodriguez telah mengumumkan pakej langkah untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac. Ini termasuklah memberi cuti kepada wanita yang menggugurkan kandungan.

“Hak yang berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan datanya agak mengejut.

Faktor kewangan, ada yang tidak dapat memilih produk yang diinginkan

Foto: Freepik

“Satu daripada empat wanita tidak mempunyai pilihan untuk memilih produk kebersihan feminin yang mahu dibelinya atas faktor kewangan.

“Itulah sebabnya kami mencadangkan agar mereka boleh diberikan tuala wanita secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” jelas Rodriguez kepada akhbar El Periodico.

Cuti diberi bertujuan untuk memberi manfaat pada wanita alami sakit haid

Cuti haid itu bagaimanapun bertujuan untuk memberi manfaat kepada wanita yang mengalami sakit haid yang sangat menyakitkan.

Ini kerana ramai wanita yang datang bulan mengalami sakit yang sangat teruk seperti disemornea hingga boleh membuatkan seseorang berasa lemah.

“Penting untuk seseorang itu menjelaskan rasa sakit haid yang dialami, kita tidak bercakap tentang sedikit rasa ketidakselesaan, tetapi mengenai gejala serius seperti cirit-birit, sakit kepala yang teruk serta demam.

“Rasa sakit yang dialami mungkin boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan sementara. Oleh itu, individu tersebut perlu berehat di rumah,” jelas Rodriguez lagi.

Beri tuala wanita dan tampon percuma kepada yang tidak berkemampuan

Menurutnya lagi, tuala wanita dan tampon percuma turut akan diberikan kepada wanita yang tidak berkemampuan selain mengeluarkan cukai VAT bagi harga barangan tersebut di pasar raya.

Kerajaan Sepanyol dalam masa sama turut bercadang menghapuskan keperluan memohon kebenaran ibu bapa untuk menggugurkan kandungan bagi kanak-kanak berusia 16 tahun dan 17 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.