fbpx
Now Reading
Harga Barangan Keperluan Di Malaysia Dijangka Meningkat Hingga 60% Mulai Bulan Jun?

Harga Barangan Keperluan Di Malaysia Dijangka Meningkat Hingga 60% Mulai Bulan Jun?

Peningkatan ini dipercayai berlaku ekoran dari pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang diumumkan kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harga barangan keperluan yang meningkat sewaktu musim perayaan bukan senario baru di negara kita.

Keadaan yang sudah berlarutan bertahun lamanya ini bagaimanapun masih berjaya dibendung oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan penetapan harga siling barangan utama seperti ayam dan telur ayam.

Namun terbaharu, Utusan Malaysia melaporkan harga kebanyakan barangan keperluan di Malaysia dijangka meningkat mendadak mulai bulan Jun.

Peningkatan sehingga 60% ini sebaliknya berlaku ekoran dari pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang sudah pun bermula pada 1 Mei selain sikap para peniaga yang tamak untuk meraih keuntungan besar. 

Menurut laporan itu lagi, beberapa harga barangan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur-sayuran sudah pun mencatatkan peningkatan sebelum 1 Syawal lagi.

Eco Shop turut naikkan harga barangan

Bukan sekadar barangan asas, barangan kelengkapan lain turut dirasai apabila kedai Eco Shop yang terkenal dengan harga murah RM2.10 turut mengumumkan kenaikan kepada RM2.40 bermula 1 Jun ini.

Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Birdai, kenaikan barang-barang mentah in pastinya akan memberikan kesan berantai terhadap kedai makan dan juga restoran.

“Kenaikan harga barang bergantung kepada ‘supply dan demand’. Ini adalah tambahan kepada gaji minimum baharu RM1,500, yang akan menyebabkan kuasa beli meningkat, jadi peniaga mungkin mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga,” dakwa Barjoyai.

Tambah beliau lagi, peningkatan ini juga mungkin berlaku ekoran dari gangguan rantai bekalan yang timbul ekoran dari konflik Rusia-Ukraine yang masih berterusan.

Keadaan ini menjadi lebih ketara memandangkan permintaan bekalan yang semakin meningkat hingga berlakunya kenaikan harga barangan sekaligus menyebabkan para pengguna tiada pilihan selain terpaksa menanggung beban ini demi kelangsungan hidup.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.