fbpx
Now Reading
Urusan Pembahagian Harta Pusaka Waris Datuk Bentara Luar Johor Bernilai RM300 Billion

Urusan Pembahagian Harta Pusaka Waris Datuk Bentara Luar Johor Bernilai RM300 Billion

Tidak kisah berapa lama masa yang diperlukan kerana mereka tetap menunggu sehingga prosesnya selesai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Waris Datuk Bentara Luar Johor, Allahyarham Datuk Mohammad Salleh Perang bakal memulakan proses tuntutan yang seterusnya selepas selesainya urusan pembahagian harta pusaka keluarga mereka di Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Wakil kepada waris, Muhd. Zaini Aris berkata proses tuntutan selanjutnya akan dibuat oleh waris yang berhak di Pejabat Tanah serta agensi kerajaan lain dengan mengikut lunas undang-undang.

Katanya lagi, pihaknya juga mempunyai dokumen yang sah seperti geran tanah untuk membuktikan Allahyarham Datuk Mohammad Salleh Perang masih mempunyai aset di beberapa daerah yang masih belum dipindah milik kepada waris yang berhak.

Mereka tidak kisah berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat tuntutan harta pusaka Allahyarham yang bernilai lebih RM300 bilion ini, kerana mereka akan tetap menunggu sehingga prosesnya selesai.

Pada Disember 2021 yang lalu, waris Allahyarham telah memfailkan notis permohonan untuk mendapatkan satu perintah faraid bagi harta pusaka mereka di Mahkamah Syariah.

Seramai 11 pemohon yang merupakan wakil kepada ahli keluarga Datuk Bentara Luar Johor itu menandatangani affidavit (surat sumpah) untuk permohonan tersebut.

Menurut peguam mereka, Norhanisah Johar, permohonan tersebut baru dibuat kerana pihaknya masih meneliti harta pusaka milik Allahyarham Datuk Mohammad Salleh yang berhak diserahkan kepada waris-warisnya.

Seperti yang difahamkan, waris Allahyarham pada ketika ini sudah menjangkau tujuh generasi melibatkan seramai lebih 4,000 orang dengan daftar kematian melibatkan waris yang direkodkan adalah seramai 462 orang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.