fbpx
Now Reading
Permintaan Sesuatu Jenama Tepung Tinggi, Tiada Kaitan Larangan Eksport India – KPDNHEP
Kekurangan Bekalan Tepung - KPDNHEP

Permintaan Sesuatu Jenama Tepung Tinggi, Tiada Kaitan Larangan Eksport India – KPDNHEP

Gandum yang diimport daripada India ke negara ini hanya melibatkan peratusan yang kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Larangan India melarang untuk mengeksport gandum ke luar negara tidak mempunyai kaitan besar dengan kekurangan bekalan tepung gandum di pasaran seperti yang dilaporkan oleh media ketika ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexender Nanta Linggi memaklumkan, permintaan tinggi terhadap sesuatu jenama tepung gandum dipercayai antara punca berlakunya kekurangan bekalan tersebut di pasaran.

Gandum yang diimport dari India hanya peratusan kecil

Beliau berkata, negara hanya bergantung terhadap peratusan kecil import gandum dari India, ia sekali gus tidak memberikan kesan signifikasi terhadap bekalan.

“Negara bergantung 85% gandum dari Australia, manakala 15% lagi dari Amerika Syarikat (AS), Ukraine dan India. Jadi larangan dari India tidak beri kesan secara jilid.

Permintaan sesuatu jenama tinggi

“Ia mungkin ada beberapa sebabnya (kekurangan bekalan di pasaran), antaranya kerana permintaan terhadap suatu jenama itu sangat popular hingga ramai membeli jenama tertentu.

“Ia menjadi bekalan itu cepat habis. Bukan kerana India sahaja, namun di seluruh dunia memang ada kesan rantaian bekalan,” jelasnya.

India umum larangan eksport gandum, kerana hasil tanaman terjejas

India pada Sabtu (14 Mei) lalu, telah mengumumkan larangan eksport gandum yang berkuat kuasa serta-merta, ketika gelombang haba disebabkan cuaca panas terik hingga menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah pada rekod paras tertinggi.

Alexender dalam masa sama berkata, ketika ini pihaknya tidak mendapat sebarang aduan atau mengesan secara serius kekurangan tepung gandum di pasaran.

Maklumat berkaitan isu kekurangan tepung diperoleh dari media

Beliau sebaliknya memaklumkan, sehingga kini maklumat berkenaan kekurangan bekalan tepung tersebut diperolehi menerusi media sebelum siasatan dilakukan di Melaka.

“Namun ia hanya membabitkan kes terpencil dan setakat ini bukan menyeluruh, namun kita tetap mengambil serius selain menyiasat sebarang maklumat.

“Setakat ini kekurangan adalah tidak kritikal, namun kita sentiasa pantau bekalannya supaya tidak terganggu,” ulasnya lagi.

Harga naik, bukanlah dari bekalan subsidi

Tambahnya, jika peningkatan harga tepung gandum di pasaran berlaku, ia bukanlah dari bekalan yang bersubsidi.

Jelasnya, penggunaan tepung gandum bersubsidi adalah sejumlah 100,000 tan metrik di negara ini setahun serta 192,959 tan metrik pula tidak bersubsidi.

Tindakan akan diambil kepada peniaga yang mencatu atau sembunyi bekalan tepung

Beliau turut memberitahu, mana-mana peniaga yang bertindak untuk mencatu atau menyembunyikan bekalan tepung di pasaran akan berdepan dengan tindakan tegas dari pihak kementerian.

Tindakan boleh diambil menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 yang boleh membawa hukuman denda serta kompaun.

“Kita juga akan melancarkan suatu inisiatif bagi memudahkan pengguna mengenal pasti barangan bersubsidi atau sebaliknya, supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan bersubsidi sewenang-wenangnya,” jelas Alenxender lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.