fbpx
Now Reading
Tajuddin Sahkan Dilantik Jadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Tajuddin Sahkan Dilantik Jadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia

Ia sekaligus menamatkan segala spekulasi selepas sebuah agensi berita Indonesia melaporkan mengenai pelantikan Tajuddin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bagi menggantikan diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar.

Menurut laporan MalaysiaKini, perkara itu disahkan sendiri oleh bekas Pengerusi Prasarana Berhad itu menerusi satu nota pesanan ringkas.

“Memang benar,” katanya ringkas kepada MalaysiaKini.

Ia sekaligus menamatkan segala spekulasi selepas sebuah agensi berita Indonesia melaporkan pelantikan Tajuddin.

Dalam pada itu, MalaysiaNow yang memetik sumber diplomatik melaporkan bahawa pelantikan tersebut sudah pun mendapat kelulusan daripada kerajaan Indonesia di bawah Presiden Joko Widodo.

Pelantikan ini menyaksikan ahli politik kembali diberi kepercayaan menjawat jawatan diplomatik itu selepas kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 mengubah dasar tidak mahu ada lantikan politik untuk semua jawatan berkenaan.

Mereka kemudiannya melantik Datuk Zainal Abidin Bakar bagi menggantikan Dato Seri Zahrain Mohd Hahim, ahli politik UMNO yang juga bekas Ahli Parlimen PKR selepas lima tahun berkhidmat sebagai Duta Besar Indonesia dari 2013.

Sebagai info, Tajuddin sebelum ini ada menyertai delegasi rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi lawatan kerja ke Indonesia pada November 2021.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.