fbpx
Now Reading
3 Penjaja Warga Indonesia Ditahan Sorok Jeruk Dalam Longkang & Belakang Kedai Haiwan
Penjaja sorok jeruk dalam longkang

3 Penjaja Warga Indonesia Ditahan Sorok Jeruk Dalam Longkang & Belakang Kedai Haiwan

Barangan jualan itu bukan sahaja disorok di dalam longkang, malah ia juga diletakkan di belakang kedai haiwan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari masih ada lagi penjaja di jalanan yang masih degil untuk menjaja di kawasan yang berbahaya. Demi mengaut keuntungan mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun merisikokan nyawa sendiri.

Terbaharu, pihak polis telah menahan tiga orang lelaki warga Indonesia yang rancak menjaja jeruk dan buah-buahan di persimpangan lampu isyarat laluan utama sekitar Bandar Baru Uda, Johor Bharu, semalam (19 Mei).

Tiga lelaki itu telah ditahan menerusi Ops Bersepadu Khas Penjaja jalanan pada jam 12.15 tengah hari dan rata-rata mereka berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Simpan barang jualan dalam longkang dan belakang kedai haiwan

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor, Superintendan M Kumarasan memaklumkan operasi tersebut dijalankan hasil aduan daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati, mereka bukan sahaja menyimpan barang jualan di dalam longkang di kawasan berhampiran.

“Malah, ia turut disimpan dan disorok di belakang kedai haiwan peliharaan,” jelasnya.

MBJB sita dan rampas 12 kotak putih berisi jeruk

Beliau berkata, sebanyak 12 kotak putih yang mengandungi 50 balang jeruk mangga dan jambu telah dirampas serta disita oleh Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB).

“Ketiga-tiga lelaki yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen dan Kaedah 10A (1) serta Kaedah 10A (2) LN 166/59, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (166/59),” ulasnya lagi.

Orang ramai diingatkan berhenti menjual di jalan awam

Menurut Kumarasan, pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar menghentikan aktiviti menjual di jalan awam untuk mengelak daripada berlaku insiden yang tidak diingini terutama kemalangan maut.

Jelasnya lagi, kegiatan berkenaan turut menganggu kelancaran trafik di persimpangan lampu isyarat.

Rasa simpati kepada golongan terbabit perlu dipertimbangkan dengan jelas

“Persepsi dan rasa simpati terhadap golongan itu perlu difikirkan kerana jelas ada pihak mengambil kesempatan menggajikan warga asing dan turut mengabaikan aspek kebersihan.

“Mereka hanya mensasar bagi mengaut keuntungan dengan mudah dan cepat,” kata Kumarasan.

Baca artikel berkaitan :

Kredit gambar: Facebook Johorfm

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.