Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Remaja yang merupakan seorang pesakit kanser Acute Lymphobatic Leukaemia (ALL) tahap akhir, Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri dilaporkan telah meninggal dunia pada malam tadi (21 Mei).
Allahyarham yang berumur 15 tahun telah menghembuskan nafas jam 12.30 tengah malam tadi di kediamannya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar Perlis.
Berita pemergian remaja itu dikongsikan di Facebook
Berita duka ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) Maznah Tayib menerusi satu muat naik di Facebook.
“Telah pulang seorang wira kepada Maha Pencipta sebentar tadi, Muhammad Irfan Mikael Mohd Syukri yang menghembus nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan syuhada,” tulisnya di dalam Facebook.
TUDM tunai hasrat remaja jadi juruterbang dua hari lalu sebelum meninggal dunia
Terdahulu, BuzzKini melaporkan berkenaan impian remaja ini untuk menjadi juruterbang dan menaiki pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah ditunaikan oleh No 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu (18 Mei) lalu.
Allahyarham ketika itu turut diiringi ibu serta bapanya, Mazatul Rohana Saleh, 50, dan Mohd Shukri Talib, 54, bersama abangnya Mohd Adam Hakimi, 19, telah dibawa dari rumah mereka di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar,Perlis ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
Pihak TUDM turut membawa Irfan Mikail melawat ke Pusat Simulator Pejuang serta merasai sendiri pengalaman dalam mengendalikan simulator F/A-18D.
Baca artikel berkaitan: TUDM Tunaikan Impian Pesakit Kanser Leukemia Untuk Menjadi Pilot Muda