fbpx
Now Reading
Lelaki Pukul Warga Emas Di Padang Jawa Sudah Ditangkap, Bakal Direman Esok [Video]

Lelaki Pukul Warga Emas Di Padang Jawa Sudah Ditangkap, Bakal Direman Esok [Video]

“Semasa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek menaiki motosikal Yamaha Y15 yg berada di sebelah kiri kereta mangsa telah menjerit dan memarahi pengadu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Petang tadi, tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang warga emas dipukul bertalu-talu oleh seorang penunggang motosikal sehingga tertuduk dipercayai selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil berdekatan jejantas Padang Jawa, Shah Alam.

Mula dikongsikan seorang pengguna Facebook, Mohd Faizal Wahid, insiden berkenaan nyata menarik perhatian netizen yang mengecam tindakannya hingga tular dan sohor di semua platform media sosial.

Namun tidak lama kemudiannya, berlegar dua lagi video selepas insiden iaitu sewaktu dia disoal oleh orang ramai di atas perbuatannya dan satu lagi, di mana dia ditangkap dan dibelasah oleh beberapa individu.

Suspek sudah ditahan selepas mangsa buat laporan

Terbaharu, Polis Shah Alam memaklumkan suspek sudah pun ditahan pihak berkuasa pada hari sama selepas warga emas tersebut membuat laporan polis pada jam sekitar 2 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, siasatan awal mendapati mangsa seorang pesara swasta berumur 61 tahun dan berasal dari Padang Jawa.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad jam sekitar 12 tengahari itu mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan ke Putrajaya bersama isteri dan cucunya.

Suspek memarahi mangsa

“Semasa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek menaiki motosikal Yamaha Y15 yg berada di sebelah kiri kereta mangsa telah menjerit dan memarahi pengadu.

“Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun apabila keluar dari kereta, suspek terus menendang mangsa di dada kiri,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Suspek juga dilaporkan telah duduk di atas badan warga emas itu dan menumbuk di bahagian muka serta kepalanya secara bertubi-tubi.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan mangsa mengalami bengkak pada bawah mata dan kepala serta sakit bahagian rusuk.

Akan direman esok, 23 Mei

Tambah beliau, suspek yang berusia 23 tahun itu akan direman esok, 23 Mei 2022 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. Suspek dalam kes ini telah berjaya ditangkap dan akan direman pada 23 Mei 2022,” kata beliau.

Beliau dalam masa sama turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Nur Syuhada di talian 018-9124770 bagi membantu siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.