fbpx
Now Reading
Bekalan Ayam Kurang: Ada Pekerja Pasar Raya Didakwa Sorok Ayam, Jual Tanpa Pengetahuan Majikan
Isu kekurang bekalan ayam, ada yang beli 'sorok'

Bekalan Ayam Kurang: Ada Pekerja Pasar Raya Didakwa Sorok Ayam, Jual Tanpa Pengetahuan Majikan

Sikap segelintir individu yang memotong barisan dan menggunakan orang dalam untuk membeli ayam adalah sesuatu yang tidak wajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kekurangan bekalan ayam ketika ini begitu hangat diperkatakan di media sosial.

Situasi tersebut yang agak serius turut mendapat perhatian kerajaan yang sedang berusaha dalam mengatasi masalah berkenaan.

Namun siapa menyangka, ada di kalangan kakitangan pasar raya yang dilihat mengambil tempahan dari pelanggan tanpa pengetahuan majikan mereka.

Difahamkan taktik tersebut dilakukan oleh pelanggan yang terutamanya melibatkan pengusaha premis makanan dengan menggunakan ‘orang dalam’ untuk mendapatkan bekalan ayam tanpa perlu beratur panjang pada awal pagi., lapor Harian Metro.

Terima ‘duit tepi’ daripada pelanggan

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pekerja pasar raya yang tidak mahu dirinya dikenali. Menurut pekerja itu lagi, ada di kalangan kakitangan yang menerima ‘duit tepi’ dan ada juga yang melakukannya secara percuma atas dasar persahabatan.

Katanya, tindakan tersebut merupakan sesuatu yang tidak adil kepada pembeli lain kerana terpaksa beratur pada awal pagi untuk mendapatkan ayam.

“Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati adalah kakitangan ini menyimpan ayam berkenaan untuk dikhaskan kepada pelanggan ‘istimewa’ sedangkan itu bukan polisi pasar raya.

Ada yang berjaya beli ayam ‘sorok’

“Orang lain terpaksa beratur panjang untuk membeli ayam, namun pelanggan ini boleh datang pada waktu tengah hari dan ada ayam yang sudah tersedia untuknya. Ada pelanggan yang datang lebih lambat berjaya membeli ayam ‘sorok’, jelasnya lagi.

Tambah pekerja itu lagi, situasi ini turut mencetuskan ketengangan antara pelanggan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan memaklumkan bahawa menerusi pemantauan pihaknya bekalan ayam yang sampai tidak mencukupi permintaan peniaga.

Menurutnya, pembekalan ayam standard di pasar raya sekitar negeri ini dikesan hanya dapat membekalkan sebanyak 20% dari kebiasaan bekalan yang dihantar.

Ada pasar raya yang tidak ada stok bekalan ayam

“Terdapat pasar raya yang langsung tidak mempunyai stok bekalan ayam standard iaitu satu dikesan di Kuala Pilah dan dua pasar raya di Seremban.

“Manakala pasar basah atau awam pula, Pasar Awam Kuala Klawang dikesan tidak mempunyai bekalan ayam,” kata S.Veerapan lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.