fbpx
Now Reading
Ibu & Anak Kandung Ditemui Mati Dalam Keadaan Tergantung Di Rumah

Ibu & Anak Kandung Ditemui Mati Dalam Keadaan Tergantung Di Rumah

Tiada unsur jenayah dan kesan pecah masuk ditemui.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua beranak ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam (22 Mei).

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 10.17 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa pertama adalah seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, manakala mangsa kedua adalah lelaki berusia 35 tahun.

“Hubungan kedua-dua mangsa berkenaan adalah ibu dan anak kandung,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zainal berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang dikesan.

“Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk ditemui. Barangan peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit turut berada di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua mayat mangsa berkenaan juga tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang, Sarjan Mejar Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.