fbpx
Now Reading
Pemandu Van Warga Asing Buat Pusingan U Disahkan Tiada Lesen Memandu
Warga asing buat pusing u tiba-tiba tiada lesen

Pemandu Van Warga Asing Buat Pusingan U Disahkan Tiada Lesen Memandu

Warga asing yang memandu van tersebut turut tidak mempunyai lesen memandu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1528575305358909441?s=20&t=xmqLivswPmgsLMrJvClInQ

Seorang wanita bersama kanak-kanak berusia dua tahun cedera selepas kenderaan yang dibawanya merempuh sebuah van dipandu seorang lelaki membuat pusingan U secara tiba-tiba di kilometer 59.7 Lebuh Raya Senai, Desaru, Johor pada 22 Mei.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, insiden yang berlaku kira-kira jam 2.55 petang itu melibatkan kenderaan jenis Honda HRV yang dipandu oleh seorang wanita tempatan dan van yang dipandu seorang lelaki Myanmar, lapor Kosmo.

Buat pusingan U tiba-tiba

“Kemalangan berlaku apabila pemandu van dari arah Desaru Senai membuat pusingan U secara tiba-tiba dan menyebabkan pemandu kereta dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian tengah sebelah kiri van.

“Pemandu van yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan itu kerana hendak bergerak ke Kilometer 60 Lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.

“Akibat dari kemalangan tersebut, kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaan, manakala van mengalami kerosakan pada bahagian hadapan kanan kenderaan,” jelasnya.

Pemandu wanita dan kanak-kanak usia 2 tahun cedera

Menurut beliau, pemandu wanita yang berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan seperti bengkak di mulut, lebam di tangan kanan dan kiri. Manakala kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaaan calar di bahagian pipi sampai dahi sebelah kiri serta lebam mata sebelah kiri.

Pemandu van pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut peraturan 13 kaedah-kaedah lalulintas jalan 1959 (LN 166/59).

Pemandu van tiada lesen memandu

Menurut laporan Harian Metro pula, pemandu van berkenaan juga tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan kenderaan yang dipandu oleh wanita tersebut melanggar van jenis Ford Ecovonan yang tiba-tiba membuat pusingan U. Malah di dalam video tersebut kedengan tangisan kanak-kanak yang turut berada dalam kereta tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.