fbpx
Now Reading
Tular Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh, Polis Buka Kertas Siasatan Cari Individu Terlibat
Sekumpulan pelajar bergaduh di Sandakan

Tular Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh, Polis Buka Kertas Siasatan Cari Individu Terlibat

Pihak polis kini sedang mencari individu yang terlibat dengan pergaduhan sekumpulan pelajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1529020078657679360?s=20&t=xmr-Y4J4modqT8lt_cl5iA

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook yang memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah di Sandakan, Sabah, yang berlaku pada petang semalam (24 Mei).

Susulan insiden tersebut, pihak polis kini sedang mengenal pasti mereka yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek memaklumkan, siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku di Jalan Elopura, Sandakan, Sabah, kira-kira jam 2 petang.

Punca dan individu yang terlibat sedang dikenal pasti

“Punca pergaduhan serta mereka yang terlibat sedang dikenal pasti oleh pihak polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil

Tambah beliau, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan insiden tersebut boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp Michael Goh melalui talian 016-8741216 atau 089-203223.

Menerusi video tersebut, kelihatan lebih daripada 10 orang pelajar lelaki yang berpakaian uniform sekolah menengah bergaduh serta turut kelihatan beberapa lelaki dewasa di kawasan tersebut yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.