Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seramai 21 pelajar serta seorang bekas pelajar daripada tiga sekolah berasingan telah ditahan oleh pihak polis semalam (25 Mei) selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan yang tular di laman Facebook.
Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, penahanan suspek berusia 14 hingga 18 tahun itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, lapor Harian Metro.
Punca daripada salah faham
“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham antara mereka.
“Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan untuk dimajukan kepada pejabat Peguam Negara bagi mendapat arahan selanjutnya,” Jelas Abdul Fuad.
Terdahulu, tular video berdurasi 22 saat yang memaparkan sekumpulan pelajar yang berpakaian lengkap seragam sekolah bergaduh di Jalan Elopura kira-kira pukul 2 petang kelmarin (24 Mei).