fbpx
Now Reading
Ibu Cedera Parah Ditikam Anak Ketika Sedang Tidur Di Bilik
Tikam Pisau Tidur Ditikam

Ibu Cedera Parah Ditikam Anak Ketika Sedang Tidur Di Bilik

Mangsa dengan secara tiba-tiba terasa sakit dan nampak ada sebilah pisau tertusuk pada dadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berusia 41 tahun cedera parah selepas ditikam oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun di rumah mereka.

Dalam kejadian yang berlaku di Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, pada Rabu malam (24 Mei) mangsa difahamkan sedang nyenyak tidur sebelum ditikam di bahagian dada menggunakan sebilah pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan SAC Mohd Nor Yazhid Idris berkata, polis menerima maklumat kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi selepas dihubungi seorang doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurutnya, doktor berkenaan memaklumkan pihak hospital ada menerima pesakit yang mengalami kecederaan akibat ditikam dengan pisau.

“Berdasarkan keterangan saksi, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang tidur di rumah, termasuk mangsa dan suspek yang berusia 14 tahun di dalam bilik yang sama.

“Mangsa dengan secara tiba-tiba terasa sakit dan nampak ada sebilah pisau tertusuk pada dadanya.

“Mangsa dikatakan cuba memanggil suaminya yang tidur di bahagian ruang tamu rumah semasa kejadian.

“Mangsa kemudian tidak sedarkan diri selepas bertindak cuba mengeluarkan pisau itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Mohd Nor Yazhid, sejurus selepas itu mangsa dibawa oleh suaminya ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Organ paru-paru bocor

Katanya lagi, doktor mengesahkan kesan tikaman itu menyebabkan organ paru-paru bahagian kiri telah bocor dan perlu dirujuk untuk rawatan lanjut kerana mangsa kehilangan darah yang banyak.

“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa telah ditikam menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur.

“Suspek berusia 14 tahun merupakan pelajar di sebuah sekolah itu mengalami demam sejak dua hari lalu dan memerlukan pemantauan daripada ibunya,” ujarnya.

Gari
Foto sekadar hiasan

Suspek ditahan dan direman

Sementara itu Mohd Nor Yazhid juga mengesahkan suspek berjaya ditangkap dan akan direman bagi siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, manakala mangsa dirawat di zon merah HUSM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.