fbpx
Now Reading
Padah Minta Suapan Urus Jenazah, 2 Pembantu Kesihatan Ditahan SPRM
Dua pembantu kesihatan ditahan SPRM

Padah Minta Suapan Urus Jenazah, 2 Pembantu Kesihatan Ditahan SPRM

Dua pembantu kesihatan tersebut telah ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara mahu menjadi ‘ulat jenazah’ dengan meminta suapan kira-kira RM15,000 bagi kerja-kerja pengurusan mayat, dua pembantu kesihatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis (26 Mei).

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu telah ditahan pada pukul 4.45 petang selepas mereka hadir di pejabat SPRM Selangor bagi memberi keterangan, lapor Sinar Harian.

Berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor

“Dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 40 tahun dan 42 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 4.45 petang. Mereka berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor.

Minta RM300 untuk setiap urusan jenazah

“Mereka dipercayai meminta suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu sebagai balasan untuk terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021,” jelas sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu serta memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, kedua-dua suspek tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Jumaat bagi mendapatkan perintah reman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.