fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Jadi Saksi Ibu Mati Ditikam

Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Jadi Saksi Ibu Mati Ditikam

Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita dijumpai mati dengan beberapa kesan tikaman pada anggota badan di bilik sewanya di sebuah bangunan di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching, Sarawak, pada Ahad (29 Mei)

Menurut Awani yang memetik sumber, apa yang lebih menyedihkan adalah kematian wanita berkenaan dipercayai disaksikan oleh anaknya sendiri yang berusia lima tahun.

Katanya, kejadian itu telah disedari oleh rakan mangsa yang merupakan seorang pengusaha kedai kopi di premis berdekatan.

“Terdahulu, anak mangsa telah berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi terbabit.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit telah membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka, dan menemui mangsa yang berlumuran darah.

“Pengusaha terbabit kemudian segera melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis,” katanya kepada Awani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 petang.

“Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.

“Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.