fbpx
Now Reading
Pelajar Patah Pinggang & Tulang Belakang Selepas Terjatuh Dari Jejantas Sekolah [Video]
Pelajar terjatuh daripada jejantas sekolah

Pelajar Patah Pinggang & Tulang Belakang Selepas Terjatuh Dari Jejantas Sekolah [Video]

Insiden tersebut menyebabkan pelajar perempuan itu patah di bahagian pinggang dan tulang belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah Kemaman, Terengganu cedera parah apabila dia terjatuh dari jejantas sewaktu dalam perjalanan untuk ke bilik darjahnya, hari ini (30 Mei).

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 7.33 pagi Isnin (30 Mei), pelajar Tingkatan Dua itu patah di bahagian pinggang dan tulang belakang, lapor Berita Harian.

Terdapat sebuah jejantas menghubungkan dua blok

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan memaklumkan, sekolah berkenaan mempunyai sebuah jejantas yang menghubungkan dua blok iaitu blok utama dan kelas akademik.

Katanya, sebelum insiden berlaku, difahamkan mangsa sedang berjalan menuju ke kantin selepas selesai mengikuti majlis bacaan Yasin yang diadakan di bangunan utama.

Tiba-tiba terjatuh dengan ketinggian 10 meter

“Dalam perjalanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter di atas jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Sedang jalankan siasatan secara terperinci

Ulas beliau lagi, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut untuk mengetahui punca insiden berlaku.

“Kita berharap supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi termasuk menyebarkan berita yang tidak benar berhubung dengan kejadian itu,” jelasnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.