fbpx
Now Reading
Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Bapa Tiri & Sering Dipukul Ibu
remaja sering dipukul ibu, dan dakwa dicabul bapa tiri

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Bapa Tiri & Sering Dipukul Ibu

Mangsa bukan sekadar dipukul oleh ibu kandungnya. Malah turut dicabul oleh bapa tirinya seperti mencium mulut, meraba dada serta memaksa untuk pegang alat sulit lelaki tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja perempuan yang menanggung derita hampir enam tahun akhirnya berakhir apabila dia membuat laporan polis, pada Isnin (23 Mei) yang mendakwa dicabul oleh bapa tiri serta sering dipukul ibu sebagai tempat melepaskan geram.

Difahamkan laporan tersebut dibuat pelajar Tingkatan Dua apabila dia diambil oleh bapa kandung selepas menerima panggilan daripada bekas isteri untuk membawa pulang remaja terbabit kerana mendakwa sudah tidak mampu menjaga remaja berkenaan dengan baik, lapor Harian Metro.

Kata sumber, bapa kandung remaja tersebut yang menetap di Selatan tanah air datang menjemput anak perempuannya di rumah bekas isteri yang terletak di Sungai Lalang, Bedong, Kedah, pada pertengahan bulan lalu.

Remaja akhirnya cerita pada bapa kandung

“Selepas hampir seminggu tinggal bersama bapa kandung, remaja terbabit akhirnya tergerak hati untuk menceritakan kejadian sebenar yang berlaku terhadap dirinya sepanjang enam tahun lalu selepas ibu dan bapanya bercerai.

“Mangsa memberitahu, dia selama ini hanya berdiam diri walaupun dicabul bapa tiri berikutan kejadian itu berlaku ketika usianya sembilan tahun dan masih belum dapat membezakan perbuatan baik dan buruk,” jelasnya.

Kerap dipukul ibu tanpa sebab atau kerana kesilapan kecil

Menurut sumber lagi, mangsa turut menceritakan bahawa dia kerap dipukul oleh ibu kandung tanpa sebab atau kerana hanya melakukan kesilapan kecil selama tinggal bersama. Malah dia mendakwa turut dijadikan tempat melepaskan geram sekiranya ibu dan bapa tiri mengalami masalah.

“Sikap ibu kandungnya itu juga menjadi antara punca mangsa enggan mendedahkan kejadian cabul dilakukan bapa tiri terhadapnya kerana dia bimbang akan dipukul dan dituduh membuat cerita palsu.

“Bagaimanapun, remaja itu yang semakin menginjak dewasa dan bimbang sekiranya bapa tiri melakukan perbuatan lebih buruk akhirnya terpaksa menceritakan kejadian terbabit kepada ibu kandungnya pada hari raya keempat lalu,” ulasnya.

Ibu berang lepas anak beritahu hal sebenar

Katanya, apabila mendengar cerita anaknya itu wanita berkenaan mula naik angin lalu memukul remaja tersebut hingga badan mangsa lebam serta dipenuhi kesan calar.

“Namun, seminggu selepas itu ibunya mengambil jalan dengan menghubungi bekas suami supaya datang mengambil mangsa dengan menggunakan alasan yang dia tidak dapat menjaga anaknya dengan baik.

“Ketika tinggal bersama bapa kandung, barulah remaja terbabit berani membuka mulut menceritakan semua kejadian berlaku sepanjang enam tahun lalu yang turut meninggalkan trauma buat dirinya,” kata sumber itu.

Bapa tiri cium mulut, meraba dan paksa pegang alat sulit

Menurut laporan, remaja tersebut mendakwa antara perbuatan yang jijik pernah dilakukan oleh bapa tiri kepadanya adalah mencium mulut, meraba dada dan memaksa mangsa memegang alat sulit lelaki berkenaan.

Turut difahamkan, ibu kandung mangsa adalah isteri kedua kepada bapa tirinya itu.

Suspek telah ditahan dan direman selama tujuh hari

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan sewaktu dihubungi media memaklumkan menerima laporan berkenaan kes cabul yang didakwa terjadi kepada mangsa.

“Susulan daripada itu laporan polis dibuat mangsa, kita berjaya menahan lelaki berusia 30-an dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” jelas Zaidy.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.