Isu Kurang Bekalan Makanan, MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur & Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri

Ekoran dari isu kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini, Kerajaan Negeri Perak menyarankan agar rakyat di negeri itu agar menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan bagi kegunaan sendiri.

Menurut laporan Bernama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia juga adalah satu inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan kenaikan mendadak harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini.

“Sayur-sayuran boleh ditanam manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan.

“Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar,” katanya kepada media sewaktu Program Agrofest Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di The Treasure Taman Herba Gopeng pada Selasa, 31 Mei.

Foto : Pexels

SADC bakal bangunkan Projek Taman Agroteknologi di Kuala Kangsar

Tambah beliau lagi, bagi memperkasakan bidang sekuriti makanan, SADC bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak akan bekerjasama untuk membangunkan Projek Taman Agroteknologi Manong di Kuala Kangsar di kawasan seluas 40 hektar.

DIfahamkan projek tersebut telah diluluskan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu pada April lepas.

“SADC juga telah memulakan projek Hab Halal Perak bagi mengukuhkan lagi bidang sekuriti makanan. Malah ia dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan sekali gus membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan penjanaan ekonomi rakyat,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago