Sebut sahaja tentang Upin & Ipin pasti semua orang mengenali siri animasi itu, malah ia juga begitu popular sehingga ke negara jiran.
Bahkan setiap barang cenderamata yang mempunyai gambar animasi tersebut sering menjadi kegilaan kanak-kanak yang meminatinya.
Racang buat taman tema sejak tahun 2014
Bukan itu sahaja, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd turut merancang untuk membuat Taman Tema Upin & Ipin sejak tahun 2014 lagi.
Selepas mempertimbangkan beberapa lokasi, akhirnya pemilik Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddin Md. Razi telah membuat keputusan dengan memilih Cyberjaya sebagai lokasi Taman Teman Upin & Ipin.
Perkara tersebut telah diumumkannya pada Jumaat yang lalu selepas menandatangani perjanjian dengan Cyberview Sdn. Bhd bagi membina Taman Tema Upin & Ipin di Cyberjaya.
Tanda tangan perjanjian dengan Cyberview
“Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk kami, kerana telah menandatangani perjanjian MOU bersama Cyberview Sdn Bhd untuk membina Taman Tema Upin & Ipin di Cyberjaya.
“Sejak 2014, kami telah mencari kawasan yang bersesuaian untuk taman tema ini, dari Selangor ke Perak, kemudian ke Johor dan akhirnya Cyberjaya.
“Syukur, kini kami akan membuktikan kepada Cyberview bahawa kami mampu untuk menghasilkan sebuah taman tema yang berjaya,” jelas Burhanuddin di Facebook.
Bakal jadi taman tema siri animasi pertama di Malaysia
Pembinaan Upin & Ipin ini bukan sahaja akan menaikkan imej Cyberjaya, malah bakal menjadi siri animasi yang pertama di Malaysia mempunyai taman temanya yang sendiri jika ia berjaya dilakukan.