fbpx
Now Reading
Makanan Ikonik Rakyat Malaysia, Roti Canai Dijangka Naik Harga

Makanan Ikonik Rakyat Malaysia, Roti Canai Dijangka Naik Harga

PRESMA akan cuba mengekalkan harga berpatutan demi kepentingan pelanggan yang kebiasannya adalah pelanggan tetap yang inginkan khidmat terbaik, tempat bersih serta makanan yang enak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Roti canai yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutamanya waktu sarapan dijangka akan mengalami kenaikan harga sebanyak 10 sen berikutan peningkatan harga bahan mentah.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tepung gandum 20 kilogram pada tahun 2020 berharga RM46, namun kini mencecah hampir RM68.

“Roti canai sudah jadi makanan ruji untuk sarapan dan disebabkan itu kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menaikkan harganya. Namun, jika terpaksa dinaikkan juga, ia mungkin bermula daripada 10 sen sehingga 20 sen, namun bukan melonjak terus sebanyak 20 sen, sebaliknya secara berperingkat.

“Persatuan akan bincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KDNHEP) untuk meminta padangan dan juga nasihat,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

PRESMA cuba mengekalkan harga berpatutan demi pelanggan

Menurut Jawahar, PRESMA akan cuba mengekalkan harga berpatutan demi kepentingan pelanggan yang kebiasannya adalah pelanggan tetap yang inginkan khidmat terbaik, tempat bersih serta makanan yang enak.

Purata harga semasa roti canai di premis makanan milik PRESMA adalah sekitar RM1.20 hingga RM1.70

Harga makanan turut dipengaruhi oleh lokasi

“Kami tidak boleh meletakkan tanda harga sama di semua restoran. Contoh, peniaga di Bangsar sewa kedai kira-kira RM35,000 sebulan dan sehari perlu bayar sekitar RM1,200 berbanding di lokasi lain. Jadi, harga makanan turut dipengaruhi oleh lokasi.

“Makanan lain seperti tosai dan capati kekal kerana bahan mentah yang digunakan tidak sama dengan roti canai,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar menggunakan hak mereka dengan mengelakkan diri dari mengunjungi premis makanan yang menjual pada harga tidak munasabah serta membuat aduan kepada KPDNHEP.

“Jika rasa kedai itu jual makanan pada harga tidak munasabah, elakkan makan di situ atau terus buat aduan kepada KDNHEP,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.