fbpx
Now Reading
Suami Dipenjara 5 Bulan, Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Cedera Di Kepala

Suami Dipenjara 5 Bulan, Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Cedera Di Kepala

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat memukul kepala isterinya menggunakan kerusi hingga cedera, seorang pekerja pembekal makanan dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam (7 Jun).

Majistret Aina Azahra Ariffin menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh, A. Ramasamy, 48, yang mengaku bersalah sejurus selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah juga memerintahkan agar hukuman penjara itu bermula dari hari dia ditangkap pada Sabtu lalu (4 Jun).

Tertuduh turut didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 44 tahun pada Sabtu lalu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Intai Baiduri, Kepong, pada pukul 6 petang.

Didakwa mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 326A

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh memohon agar hukuman diringankan atas alasan dia hanya berkerja sebagai pembekal makanan dengan gaji yang rendah dan menanggung isteri serta empat anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Johar mohon agar mahkamah tetap menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.