fbpx
Now Reading
Majlis Perkahwinan Huru Hara Angkara Katering, Akhirnya Caterer Ditahan Polis [Video]

Majlis Perkahwinan Huru Hara Angkara Katering, Akhirnya Caterer Ditahan Polis [Video]

Suspek bukan sahaja menghantar makanan dalam jumlah yang kecil atau basi, malah ada yang langsung tidak menerima tempahan makanan yang dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di mesia sosial satu video majlis perkahwinan tanpa kehadiran pihak katering yang dimuat naik ke laman TikTok.

@azieriezal2

Pertama Kali dlm sejarah keluarga kami.. Allah uji kakakku sekeluarga.. #fypシ #weeding #kulaijohor

♬ original sound – Fadhli – TuanFadhli

Berikutan dari itu, pihak polis akhirnya berjaya menahan suspek wanita yang berusia 50an juga merupakan pengusaha katering ‘Kekasih Hati’ yang menawarkan pakej katering melalui platform sosial media.

Pakej katering serendah RM8 sekepala

Suspek dikatakan menawarkan pakej katering bagi majlis perkahwinan serendah RM8 sekepala merupakan modus operandi untuk memperdayakan mangsa.

Suspek bukan sahaja menghantar makanan dalam jumlah yang kecil atau basi, malah ada yang langsung tidak menerima tempahan makanan yang dibuat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima 10 laporan polis membabitkan pengusaha katering yang sama dengan kerugian RM53,380, setakat Isnin lalu (6 Jun).

Menurutnya lagi, susulan laporan polis yang diterima, polis telah menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 5 petang, Selasa lalu (7 Jun).

Penahan suspek adalah bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Kulai dan Johor Bahru.

“Mangsa hanya menyedari diperdaya apabila makanan yang ditempah tidak dihantar atau kurang daripada sepatutnya selain menerima makanan yang sudah basi.

“Mengikut laporan yang diterima setakat ini, semua transaksi bayaran dilakukan dalam talian bagi kes berlaku antara Mei hingga awal Jun melibatkan kerugian 53,380,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Johor, semalam (8 Jun).

Kamarul berkata, wanita itu bertindak menukarkan nama akaun FB miliknya dari Kekasih Hati Katering kepada Emir Mimi setelah penipuannya itu tular di media sosial.

Tambahnya, ramai yang terpedaya dengan tipu helah suspek kerana pakej yang ditawarkan sangat rendah berbanding pakej katering yang lain.

“Kami yakin akan menerima beberapa laporan polis dan menggesa mangsa yang lain untuk tampil membuat laporan dengan segera.

“Suspek wanita itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.

Kredit gambar: TikTok/azieriezal2

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.